Akaun caknamarhaen.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Rayuan Sumbangan CaMar

Pertubuhan Cakna Marhaen - Marhaen Relief atau singkatannya CaMar adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan ROS (PPM-032-10-06072022). Slogan "Dari Marhaen Untuk Marhaen" membawa mesej bahawa CaMaR amat memahami derita rakyat marhaen yang menghadapi kesempitan hidup - kerana kami juga rakyat marhaen.

CaMar ditubuhkan di atas dasar kebajikan, bagi membantu golongan yang memerlukan dengan fokus yang jelas, pelan tindak yang realistik, program serta misi bantuan yang bersasar.

CaMar bergerak dengan mengutamakan warganegara Malaysia berpaksikan kepada 3 fokus utama:

1. Memastikan golongan-golongan miskin tegar dibantu dari segi keperluan untuk hidup khususnya makanan melalui kempen "Jangan Biarkan Mereka Lapar"

2. Membantu anak-anak miskin tegar yang keciciran untuk mendapat akses kepada pendidikan serta kemudahan pembelajaran melalui kempen "Mereka Juga Ingin Belajar"

3. Membantu mangsa-mangsa bencana alam atau apa-apa musibah luar jangka.

Walaubagaimanapun, CaMar tetap berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang tidak mengenal warna kulit mahupun sempadan geografi.

Kepada para dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah melakukannya melalui FPX Perbankan Online,  akaun bank CaMar di bawah:

Pertubuhan Cakna Marhaen

Agro Bank

1005481000075392